Thursday 19 December 2013

AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE AYER BALOI


Mencari kelas mengaji untuk anak-anak 5-17 thn?

Anak-anak tidak lancar mengaji?

Anak-anak tidak suka ke kelas mengaji? 


Kami di ALC Ayer Baloi (200 meter daripada MRSM Pontian), menawarkan Kelas Intensif Al-Baghdadi bagi kanak-kanak berumur 5-17 tahun.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi kami ditalian 019-7130881.

Terima kasih.

 

 


Wednesday 13 November 2013

KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI 11 HARI - PROG KHAS CUTI SEK 25/11 - 6/12/2013




KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI - 25/11 - 6/12/2013
(Program Intensif 11 hari)

Program Intensif Al-Baghdadi Cuti Sekolah ini ialah khusus kepada :


  • Anak-anak yang sudah mengenal huruf tapi masih tidak lancar membaca Al-Quran 
  • Anak-anak yang mempunyai jadual yang padat pd hujung minggu hari-hari persekolahan
  • ibubapa yang inginkan kelas pengukuhan Al-Quran untuk anak-anak bagi mengelakkan mereka membuang masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah.  


Jadual Program :


Tarikh     :  25/11 - 29/11/2013  - Isnin - Jumaat    (5hari)
                 :  1/12   - 6/12/2013    - Ahad - Jumaat   (6 hari)


Masa       :  9.00pagi - 1.00 tengahari (hari Jumaat : 12.30tghari)


Tempoh :  11 hari


Yuran     :  RM350 (termasuk Buku Tamhid, Alat Ketuk, Sarapan Pagi &    
                    sijil Penyertaan)                    


Sila hubungi kami di talian 011-15150288 / 0197130881 untuk sebarang pertanyaan.

Monday 11 November 2013

BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI NOV 2013 - Bengkel Yang Pasti Mengubah Persepsi Anak2 Tentang ILMU TAJWID!




BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI

PROGRAM INTENSIF CUTI SEKOLAH 2013
Untuk Anak-anak 8 – 18 Tahun

Kenapa Anak- Anak perlu hadir?


  •  Anak-anak boleh membaca Al-Quran tetapi tidak bertajwid..

  • Anak-anak kurang minat mempelajari tajwid.
  • Anak-anak merasakan Kelas Tajwid adalah kelas yang membosankan..

  •  Isilah ruang masa cuti sekolah anak-anak kita dengan bengkel Ilmu Tajwid yg bukan sekadar kelas teori, tapi lengkap dgn sesi latihan & quiz yg pastinya menyeronokkan mereka mempelajari ilmu tajwid.



Jadual Program :

 Program Bengkel Tajwid – 4 hari
 Tarikh : 18 Nov – 21 Nov 2013
 Hari     : ISNIN - KHAMIS
 Masa   : 9.00pagi – 1.00tghari
 Yuran  : RM140 termasuk :Pendaftaran,
Buku Tajwid, Sarapan & Sijil Penyertaan


“Marilah kita mendidik anak-anak membaca Al-Quran dengan bertajwid”

Wednesday 9 January 2013

Sesi Jan 2013 - Al-Baghdadi Learning Centre Kulaijaya






Alhamdulillah, berakhir sudah sesi 2012.

Kini kami memulakan pengambilan untuk sesi Jan - Jun 2013 untuk kelas Intensif Al-Baghdadi.  Kelas pertama akan kami mulakan pada hari Sabtu, 12 Jan 2013.  Kelas Intensif Al-Baghdadi kami buka untuk anak-anak yang berumur 5 tahun hingga 18 tahun.

Bagi anak-anak yang telah tamat kelas Intensif Al-Baghdadi, boleh meneruskan pengajian dengan menyertai kelas Talaqi Umum bersama kami.

Marilah kita selitkan kelas pengukuhan bacaan Al-Quran ini di dalam jadual pembelajaran anak-anak kita dari usia yang muda.  Mudah-mudahan ia akan dapat membantu anak-anak kita untuk menguasai bacaan Al-Quran.  In syaa Allah dengan penguasaan ilmu Al-Quran ini, ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi seorang pemimpin atau khalifah yang dapat mendalami dan menguasai rahsia dan mukjizat Al-Quran ini.

Mudah-mudahan mereka ini akan menjadi anak-anak soleh dan solehah yang menjadi talian hayat untuk kita di alam barzakh kelak.. In syaa Allah..

Wednesday 14 November 2012

BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI




BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI
di Al-Baghdadi Learning Centre Kulaijaya.


 Sebarang pertanyaan/ maklumat lanjut, boleh hubungi kami di 019-7130881 / 011-15150288.
 

Tuesday 23 October 2012

Tak Seronok Mengaji?



 

Anak tak nak pergi mengaji? 

MENANGIS nak pergi mengaji?

Mencari seribu satu macam alasan untuk TIDAK pergi mengaji?

Masa Cuti Sekolah dipenuhi dgn MAIN GAME, TENGOK TV, TENGOK CD…tidur hingga lewat malam…

Apa kata, ubah aktiviti cuti sekolah anak anda kali ini dengan kelas pengukuhan bacaan AL-Quran : 

KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI SESI CUTI SEKOLAH



Ada ibubapa yang bertanya: “Tahan ke mereka belajar terus-menerus 4 jam sehari?  Biasanya mengaji sekejap pun dah tak tahan…”

InsyaAllah dengan teknik mengaji yg diajar secara berkumpulan ini, yang diselitkan dengan kreativiti permainan & perlumbaan..  Kelas 4jam tak terasa.  Adakala, ada yang tak nak balik pun, walaupun dah sampai masa balik..


Ada ibubapa yang bertanya: “Boleh ke anak saya membaca Al-Quran setelah tamat sesi?”

InsyaAllah… Dengan Izin Nya.. Yang penting usaha perlu diteruskan kerana Yang Pipih Tidak Akan Datang Melayang, Yang Bulat Tidak Akan Datang Bergolek.  Terdapat pelajar-pelajar kami, yg sebelum memulakan kelas, kami kategori kan tahap penguasaan bacaan asas Al-Quran nya sekitar 30%, tetapi di penghujung sesi, penguasaannya 95%. Yang pasti, kemampuan setiap anak adalah berbeza-beza kerana setiap mereka pasti ada keistimewaan dan keunikan yang tersendiri. 

Jadi apa yang di tunggu lagi?  Daftarkan anak anda untuk mengikuti :

KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI
DI AL-BAGHDADI LEARNING CENTRE KULAIJAYA
LOKASI : DI HADAPAN HOSPITAL KULAI
TARIKH: 19/11 – 6/12/2012 .
HARI : ISNIN-KHAMIS. 
MASA : 9.00PAGI-1.00TENGAHARI
Yuran termasuk: Buku, Beg, Sijil, Sarapan

 019-7130881  /  011-15150288
DAFTAR SEGERA, TEMPAT TERHAD