Thursday 29 September 2011

Teknik Al-Baghdadi

Secara peribadi, saya merasa sangat seronok mempelajari teknik mengaji dengan Al-Baghdadi. Teknik ini memerlukan kita fokus sepenuhnya dengan apa yang sedang di pelajari. Jika tidak, ketukan pasti tidak akan selari dengan apa yang sedang di pelajari. Saya berpendapat teknik ini mampu menarik minat anak-anak kita, yang kebiasaan nya mencari alasan untuk tidak ke kelas mengaji. Teringat zaman mengaji semasa kecil, emak menjahit sambil tangan sebelah memegang rotan.  Dahulu, kita tiada pilihan, tetap mengaji walau di dalam hati merasa betapa lamanya masa mengaji itu berjalan.  Zaman sekarang, terlampau banyak tarikan di sekeliling yang kadang kala menyebabkan anak-anak kita tidak betah untuk duduk dan belajar mengaji.

Teknik Al-Baghdadi di terapkan di dalam permainan kreatif dengan penggunaan alat ketuk dan alat permainan dalam mewujudkan suasana ceria, santai dan menyeronokkan. Anak-anak akan belajar bersama-sama di dalam mengenali huruf hijaiah dan membunyikannya dengan bantuan alat ketuk.

Testimoni membuktikan, teknik ini mampu mewujudkan minat anak-anak untuk belajar mengaji.  InsyaAllah, semoga kita dapat melahirkan Generasi Celik Al-Quran sebagai pewaris kita di masa hadapan.

Tuesday 27 September 2011

Plan Simpanan Haji Untuk Our Little Caliphs




Di dalam kita merangka dan merancang Plan Perlindungan Diri untuk anak-anak kita, kita pasti tidak terlepas dalam merancang kewangan diri dan perancangan masa depan keluarga. Pastinya cita-cita dan perancangan untuk ke tanah suci Mekah samada untuk mengerjakan Haji atau Umrah, bermain di fikiran kita.

Takaful Ikhlas juga menawarkan Plan Simpanan Haji, yang bukan sahaja untuk kita sebagai individu tetapi juga kepada anak-anak kita dalam perancangan kita merintis simpanan awal untuk mereka mengerjaka haji atau pun umrah.

Antara manfaat yang terdapat di dalam Plan Simpanan Haji Takaful Ikhlas ialah :

1. Dana khairat kematian jika meninggal dunia (sakit biasa atau kemalangan)

2. Dana bantuan diri jika lumpuh kekal & menyeluruh / TPD (sakit biasa atau kemalangan)


3. Dana khairat kematian - tuntutan segera


4. Dana Upah Haji jika peserta meninggal dunia


5. Dana matang sijil (simpanan + mudharabah)



Walaupun manfaat yang diberikan adalah sedikit kecil berbanding dengan Plan Pendidikan, Plan Simpanan Haji tetap memberikan manfaat simpanan pada tempoh matang sijil.

Monday 26 September 2011

Plan Pendidikan Untuk Our Little Caliphs


Melalui detik-detik kelahiran si kecil, pasti nya kita sebagai ibu & ayah, akan merasa sangat teruja dan bahagia. Pastinya penuh hati si ibu & si ayah dengan harapan yang tinggi menggunung untuk melihat si kecil membesar menjadi seorang anak yang soleh atau solehah, berakhlak & berpendidikan terbaik.

Dalam menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak, saya ingin berkongsi satu Plan Perlindungan Pendidikan Takaful untuk kita sama-sama kita kongsi manfaat nya.

Plan Perlindungan Pendidikan Takaful Ikhlas:
(Boleh kita ambil bermula dari anak berusia 30 hari.)

Manfaat Plan:

1. Dana Khairat Kematian Jika Anak meninggal Dunia (sakit biasa / kemalangan)

2. Dana Bantuan Jika Anak Lumpuh Kekal & menyeluruh / TPD (sakit biasa / Kemalangan)


3. Dana Cacat Akibat Kemalangan


4. Dana Jika Anak mengidap antara 39 penyakit kritikal


5. Dana elaun kemasukan wad


6. Dana Perubatan & Pembedahan (kemalangan)


7. Dana Perubatan Pesakit luar


8. Dana Khairat Kematian tuntutan segera.


9. Dana Upah Haji Jika Anak Meninggal Dunia sebelum Polisi matang


10. Dana Pengecualian Sumbangan Bulanan Jika Pembayar Sakit Kritikal / TPD / Meninggal
dunia.

11. Dana Matang Sijil (simpanan + Mudharabah)


12. Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Rm100 untuk setiap A. (Minimum UPSR-5A, PMR &
SPM - 7A)