Monday 14 May 2012

PROGRAM INTENSIF AL-BAGHDADI CUTI SEKOLAH, KEMBALI LAGI!







  • Inginkan kelas pengukuhan pembacaan Al-Quran untuk diri sendiri & anak-anak?
  • Waktu hujung minggu yang padat dengan tuisyen subjek matapelajaran di sekolah?
  • Mencari-cari aktiviti bermanfaat untuk mengisi masa cuti sekolah anak-anak?
  • Anak-anak sudah dewasa tapi belum lancar membaca Al-Quran?
  • Anak-anak sudah khatam Quran tapi masih kurang lancar dari segi bacaan tajwidnya?

Menurut Imam al-Ghazali, di dalam Ihya Ulumiddn, bahawa membaca Al-Quran itu sebenarnya dengan penyertaan lidah, akal & hati. 
  • Peranan Lidah membetulkan sebutan huruf dengan tartil
  • Peranan Akal dengan pemahaman makna
  • Peranan Hati mengambil iktibar


Dengan itu, insyaAllah, kami di Al-Baghdadi Learning Centre Kulaijaya akan mengadakan Program Pembelajaran Intensif Teknik Al-Baghdadi Sempena Cuti Sekolah 2 minggu bermula daripada 28 Mei 2012.

Antara program intensif Cuti Sekolah yang akan kami adakan ialah:


Kami juga akan memulakan sesi baru kelas Intensif Al-Baghdadi mingguan, untuk Kelas intensif Al-Baghdadi (anak2 umur 5-18thn) & Kelas Al-Baghdadi (Remaja & Dewasa), bermula pada 20 Mei 2012, Ahad.



Berdasarkan pengalaman, alhamdulillah dengan izin Allah, Teknik Al-Baghdadi ini mampu membuat anak-anak terus fokus pada sesi pembelajaran walaupun sesi ini mengambil masa 2 jam.  Adakalanya, mereka tetap mahu meneruskan pelajaran sedangkan waktu pembelajaran sudah pun tamat dan emak ayah sudah pun menunggu untuk membawa mereka pulang.

Melihat kepada prestasi pelajar, terdapat anak-anak  pelajar yang menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dan peningkatan yang sangat ketara daripada masa mereka memulakan pembelajaran, hingga guru sendiri merasa sangat teruja.  Manakan tidak, pelajar yang pada awalnya sangat pasif , pendiam , tidak lancar membaca walaupun ayat-ayat pendek Al-Quran tetapi pada penghujung sesi, dapat membaca ayat-ayat pendek Al-Quran dengan lancar dan penuh keyakinan. 

Walaubagaimana pun, tidak dapat kami nafikan bahawa kemampuan dan prestasi antara setiap murid adalah berbeza.  Sesungguhnya setiap apa yang kita usahakan tetap bergantung kepada keizinanNya.  Apa yang perlu kita lakukan ialah USAHA dan DOA tanpa henti, untuk memastikan anak-anak kita insyAllah dapat membaca Al-Quran dengan lancar dan bertajwid.

Sabda Nabi s.a.w. :
Maksudnya, "Yang membaca Al-Quran sedangkan dia mahir  dengannya bersama-sama dengan para malaikat.  Yang membaca Al-Quran dan mengulang-ulangnya dan Al-Quran amat payah ke atasnya untuk membuang maka baginya dua pahala"




Sesi pendaftaran serta sesi pengenalan Teknik Al-Baghdadi akan kami adakan pada 20 Mei 2012, Ahad, 10.00 - 1.00 tghari.  Kami ingin menjemput semua hadir untuk mengetahui sendiri bagaimana Teknik Al-Baghdadi ini kita aplikasikan dalam pengukuhan pembacaan Al-Quran kita.

JazakAllahu Khairan...