Anak adalah anugerah tanggungjawab yang tidak ternilai, oleh Maha Pencipta. Oleh itu, kami ingin bersama-sama berkongsi ilmu dalam mendidik & membersarkan si kecil itu menjadi Khalifah di bumi Allah ini. Pendidikan, perlindungan insuran & pelaburan, pastinya antara yang perlu kita fikirkan demi melihat Khalifah kecil kita membesar dengan sempurna... InsyaAllah.
GENERASI CELIK AL-QURAN, WARISAN KITA
Thursday, 29 September 2011
Teknik Al-Baghdadi
Secara peribadi, saya merasa sangat seronok mempelajari teknik mengaji dengan Al-Baghdadi. Teknik ini memerlukan kita fokus sepenuhnya dengan apa yang sedang di pelajari. Jika tidak, ketukan pasti tidak akan selari dengan apa yang sedang di pelajari. Saya berpendapat teknik ini mampu menarik minat anak-anak kita, yang kebiasaan nya mencari alasan untuk tidak ke kelas mengaji. Teringat zaman mengaji semasa kecil, emak menjahit sambil tangan sebelah memegang rotan. Dahulu, kita tiada pilihan, tetap mengaji walau di dalam hati merasa betapa lamanya masa mengaji itu berjalan. Zaman sekarang, terlampau banyak tarikan di sekeliling yang kadang kala menyebabkan anak-anak kita tidak betah untuk duduk dan belajar mengaji.
Teknik Al-Baghdadi di terapkan di dalam permainan kreatif dengan penggunaan alat ketuk dan alat permainan dalam mewujudkan suasana ceria, santai dan menyeronokkan. Anak-anak akan belajar bersama-sama di dalam mengenali huruf hijaiah dan membunyikannya dengan bantuan alat ketuk.
Testimoni membuktikan, teknik ini mampu mewujudkan minat anak-anak untuk belajar mengaji. InsyaAllah, semoga kita dapat melahirkan Generasi Celik Al-Quran sebagai pewaris kita di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment