
Perlancaran Al-Baghdadi Learning Centre Ayer Baloi.
Tercari-cari kelas mengaji untuk anak-anak?
Anak-anak kurang berminat untuk mengaji?
Anak-anak mencari alasan untuk tidak ke kelas mengaji?
Ingin mengukuhkan pembacaan Al-Quran anak-anak?
Anak-anak boleh mengaji tetapi kurang lancar?
InsyaAllah, kami di Al-Baghdadi Learning Centre Ayer Baloi, akan memulakan sesi pengajian Kelas Intensif Al-Baghdadi di Surau As-Siddiq Parit Keroma, Ayer Baloi (di hadapan MRSM Pontian) bermula pada 5 Mei 2012.
Umur Penyertaan : 6 - 18 tahun
Sesi Pendaftaran : 29/4/2012 - Ahad (di Surau As-Siddiq)
Kelas Bermula : 5/5/2012 (setiap Sabtu) - 8.00-10.00 pagi
: 8/5/2012 (setiap Selasa) -7.45 - 9.45 mlm
Tempoh Pembelajaran : 6 bulan
Yuran : Rm240 / 6bln
Sesi Pengenalan Kelas Intensif Al-Baghdadi turut diadakan secara PERCUMA untuk anak-anak yang hadir semasa sesi Pendaftaran.
Dijemput semua hadir bersama anak-anak bagi memberi peluang kepada anak-anak kita untuk mempelajari Al-Quran dengan satu kaedah yang ceria, seronok & santai tetapi sebenarnya anak-anak itu akan memberi fokus yang penuh sewaktu pembelajaran.
Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan di : 019-7130881 / 011-15150288.
Terima kasih.