Anak adalah anugerah tanggungjawab yang tidak ternilai, oleh Maha Pencipta. Oleh itu, kami ingin bersama-sama berkongsi ilmu dalam mendidik & membersarkan si kecil itu menjadi Khalifah di bumi Allah ini. Pendidikan, perlindungan insuran & pelaburan, pastinya antara yang perlu kita fikirkan demi melihat Khalifah kecil kita membesar dengan sempurna... InsyaAllah. GENERASI CELIK AL-QURAN, WARISAN KITA
Thursday, 19 December 2013
Wednesday, 13 November 2013
KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI 11 HARI - PROG KHAS CUTI SEK 25/11 - 6/12/2013
KELAS INTENSIF AL-BAGHDADI - 25/11 - 6/12/2013
(Program Intensif 11 hari)
Program Intensif Al-Baghdadi Cuti Sekolah ini ialah khusus kepada :
- Anak-anak yang sudah mengenal huruf tapi masih tidak lancar membaca Al-Quran
- Anak-anak yang mempunyai jadual yang padat pd hujung minggu hari-hari persekolahan
- ibubapa yang inginkan kelas pengukuhan Al-Quran untuk anak-anak bagi mengelakkan mereka membuang masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah.
Jadual Program :
Tarikh : 25/11 - 29/11/2013 - Isnin - Jumaat (5hari)
: 1/12 - 6/12/2013 - Ahad - Jumaat (6 hari)
Masa : 9.00pagi - 1.00 tengahari (hari Jumaat : 12.30tghari)
Tempoh : 11 hari
Yuran : RM350 (termasuk Buku Tamhid, Alat Ketuk, Sarapan Pagi &
sijil Penyertaan)
Sila hubungi kami di talian 011-15150288 / 0197130881 untuk sebarang pertanyaan.
Monday, 11 November 2013
BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI NOV 2013 - Bengkel Yang Pasti Mengubah Persepsi Anak2 Tentang ILMU TAJWID!
BENGKEL TAJWID AL-BAGHDADI
PROGRAM INTENSIF CUTI SEKOLAH 2013
Untuk
Anak-anak 8 – 18 Tahun
Kenapa Anak- Anak perlu
hadir?
- Anak-anak boleh membaca Al-Quran tetapi tidak bertajwid..
- Anak-anak kurang minat mempelajari tajwid.
- Anak-anak merasakan Kelas Tajwid adalah kelas yang membosankan..
- Isilah ruang masa cuti sekolah anak-anak kita dengan bengkel Ilmu Tajwid yg bukan sekadar kelas teori, tapi lengkap dgn sesi latihan & quiz yg pastinya menyeronokkan mereka mempelajari ilmu tajwid.
Jadual Program :
Program Bengkel Tajwid – 4 hari
Tarikh : 18 Nov – 21 Nov 2013
Hari : ISNIN - KHAMIS
Masa : 9.00pagi – 1.00tghari
Yuran : RM140 termasuk
:Pendaftaran,
Buku Tajwid, Sarapan & Sijil Penyertaan
“Marilah kita mendidik anak-anak membaca Al-Quran dengan bertajwid”
Wednesday, 9 January 2013
Sesi Jan 2013 - Al-Baghdadi Learning Centre Kulaijaya
Alhamdulillah, berakhir sudah sesi 2012.
Kini kami memulakan pengambilan untuk sesi Jan - Jun 2013 untuk kelas Intensif Al-Baghdadi. Kelas pertama akan kami mulakan pada hari Sabtu, 12 Jan 2013. Kelas Intensif Al-Baghdadi kami buka untuk anak-anak yang berumur 5 tahun hingga 18 tahun.
Bagi anak-anak yang telah tamat kelas Intensif Al-Baghdadi, boleh meneruskan pengajian dengan menyertai kelas Talaqi Umum bersama kami.
Marilah kita selitkan kelas pengukuhan bacaan Al-Quran ini di dalam jadual pembelajaran anak-anak kita dari usia yang muda. Mudah-mudahan ia akan dapat membantu anak-anak kita untuk menguasai bacaan Al-Quran. In syaa Allah dengan penguasaan ilmu Al-Quran ini, ia menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi seorang pemimpin atau khalifah yang dapat mendalami dan menguasai rahsia dan mukjizat Al-Quran ini.
Mudah-mudahan mereka ini akan menjadi anak-anak soleh dan solehah yang menjadi talian hayat untuk kita di alam barzakh kelak.. In syaa Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)